Monday, July 15, 2013

Aku di Bumi Borneo.

Assalamualaikum Wbt.


sekarang aku dah balik rumah. sarawak bumi kenyalang! tak sangka pejem celik pejam celik dah cuti. berkat kesabaran aku menunggu nak balik rumah nie punya la lama aku tunggu. hui hui hui bertelur tahu tak nak tunggu masa nak balik rumah sebab kurang cuti, sebab cik palapes aku. hai sekarang aku dah jadi senior oo senior pasti kubu sedang menanti untuk digali. wah masih panjang perjalanan aku. apa-apa pon setahun je lagi untuk menderita lepas nie pasti aku merinduinya! hmm sekarang aku just tempuhi semua dengan penuh kesabaran walaupun kadang-kadang aku kurang sabar tapi i'm still try my best okey!


sebelum nak balik rumah nie aku kena pergi ums dulu. berkhidmat untuk negara katanya. pengalaman yang baru sebab boleh melihat sumandak-sumandak di sabah. sumandak la sangat! hahaaaa padahal aku nie busy berduty 24 jam. tidur pon ikut dan je bila off duty aku tido la bila on duty aku dah macam apa je matanya. lagi-lagi kalo duty malam-malam sungguh enak tido dimerata tempat. memang sepanjang dua minggu tu sungguh mencabar. ada je karenah orang yang membuat aku rasa nak *&%$ tak boleh nak describe. biar je laa.. ada yang marah sama sendiri, ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang menuang. ada yang mengelat. sabar je la, tu semua karenah manusia. Tapi aku memang kasar orangnya. Orang anggap aku marah padahal aku x marah pon. biar la mereka nak kata aku apa pon janji aku bahagia dengan cara aku.

pasal diri aku, aku masih aku yang dulu. tiada perubahan cuma sekarang aku lebih suka berseorangan sebab nak cari ketenangan katanya. haha pasal hati dan perasaan pulak. hhmmm ntah laa.. kata stap aku kuat berangan orangnya, apa yang aku nak tu mesti aku tak boleh nak capai. huh tapi aku x kuat berangan pon. bia la dya nak kata apa pon janji Allah dah tentukan jalan yang paling terbaik buat aku. setakat tengok personaliti aku boleh ke tahu masa hadapan aku?? tak kan mesti ada yang lebih baik yang akan Allah bagi kat aku nanti kan. tapi kan aku sedang menunggu si dia. kalau dia tu jodoh aku, aku redha dan kalau dia bukan jodoh aku pasti ada yang lain dtg jugak! heheee biar la masa yang menentukan semua.

pasal result pulak. aku dah tengok pon senarai tampal. aku rasa da la perubahan sikit. sikit je pon tapi xpe la next sem boleh usaha lagi kan.

sekarang tengah tunggu berbuka puasa. kbye ^_^

Saturday, May 4, 2013

perjalanan ku sudah mahu berakhir di bumi utm.

Assalamualaikum.

penat sudah melangkah. Aku doakan perjalanan aku disini berakhir dengan kejayaan tidak lama lagi.

p/s: tahun 3 tak lama lagi, maksudnya 2 tahun lagi. Aku nak balik menabur bakti dekat mak pulak. Nak jaga mak.. risau.. mak dah la tak sihat..

Monday, April 29, 2013

ORANG PON ADA PERASAAN JUGAK.
INGAT KAU BUAT MACAM TU HATI AKU X SAKIT KE??
HATI KAU SORANG JE KAU FIKIR.
HATI AKU SIAPA NAK JAGA.

Sunday, March 17, 2013

Bosan.Penat.Rindu.

assalamualaikum wbt.

Bosan lagi walaupun sebenarnya banyak benda yang aku kena buat. Assignment, kuiz arghh! kenapa agaknye kepala otak nie macam err.. tataw nak kata apa. Dengan badan aku yang sakit sebab berkawad satu hari kot. Macam mana la boleh kawad sampai sakit badan. Semalam pun balik lewat pagi sebab sentri night walk. Okey aku memang pencinta alam agaknya sebab sukarela nak jaga malam tu kan.

Penat. Penat buat kerja yang bukan kerja aku. Penat sakit hati sebab orang tak buat apa yang aku buat. Huh abaikan perasaan tu yang penting kalau aku buat baik nanti Allah balas baik jugak.

Rindu. Rindu mak. Nak balik rumah. huh kenapa agaknye dua minggu tu lama sangat. Kenapa? Rindu rumah. Nampak tak aku dah homesick. Tolong faham perasaan aku. err.

walk alone#thinking#smile =)




Sunday, February 17, 2013

awesome kan =)

Assalamualaikum wbt =)

lain orang lain ragam. tapi kami satu skuad =)


Ujian kawad intermediate


Semangat nak ujian =)


check baris. tu AKU =)


Ujian pkt =)


Ujian lagi =)


comel kan mereka . Aku xde . huh Jeles =P



Bali oh bali (KETAM)


makan ubat! x sedap sebab kena kunyah 3 biji ubat malaria



Lega sangat dah lepas makan ubat
oo koperal Radin =..=


wasik yang awesome. suka betol kalau dapat dengan dia.
Dapat banyak ilmu =)


Dapat tido je. Tengok la semua tido.. phyton ooo phytonn =)


Mara.mara.mara


Briefing sebelum mara =)



Minah GPMG
bawak GP penat oooo..


Ada 8 bound nak clear.
Ketua platun ^^


kotor nya baju ><"


down.down. (masa untuk membuta di tepi jalan)


teruskan perjalanan ke harbour *_*


down.down.down.


ketua platun tengah discuss


tinjau.tinjau.tinjau


kami kumpulan tinjau =)


nak dengar perintah laaaa... huh


serangan!



panglima nak briefing ketua platun =P



GPMG dah berkokok.
ketam ooo ketam =P


hui,hui dapat balak la...


hadiah selepas dapat balak baru =)


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ANGKATAN GAGAH SETIA =)
ikhlas dari hati,
siti khatijjah

Tuesday, February 12, 2013

tutup cerita semester 3

Assalamualaikum =)

Lama dah rasanya x update belog nie. Dah bersawang jugak la kan... sebenarnya aku baru habis menjalani latihan palapes selama 3 minggu =) sangat terbaik aku rasa dalam tempoh sebulan nie dan sekarang baru la rasa lega dah boleh bernafas seperti biasa ^^

sepanjang latihan minggu pertama. Huh dapat aku rasa bertapa menyesal nya aku x pergi exercise. Penat gila time PT. Dalam sehari PT sampai 3 kali boleh. Sebelum nak makan je pergi PT. awesome gila la aku rasa sampai kaki aku bengkak dan aku dengan keras kepala tak pergi pusat kesihatan sebab stap kata kaki bengkak hal biasa. Tapi memang betul pown. Standard la tu kata latihan. Kalo x latihan mana ada sakit kan? Bukan setakat nak pergi makan je kena lari. Time dalam kelas pown kena lari, ngantok sikit lari, break 5 minit kena lari. Aku rasa minggu pertama aku mental gila. Aku terfikir-fikir bertahan ke x kaki aku nie sampai nak pergi mara??

Latihan kali nie aku memang asyik kena marah je! Tapi aku tak kuat nak hadap dengan marah-marah orang atasan tu. Penat aku layan sampai bilik pasti banjir kot bilik aku. huh lega aku rasa. Tak pernah lagi aku macam tu. Tapi aku paling tak suka dengar orang mencarut.. Nanti aku tanak la mencarut-carut. Serius aku x Suka. Lagi-lagi perkataan sial.. apa la pelik sangat manusia sekarang nie suka sangat sebut perkataan sial nie. huh.. macam bonggok je. Banyak lagi la perkataan lain. Banyak perkataan dalam dunia nie nak jugak sebut perkataan sial tu. huh.. tak faham dengan karenah manusia bila penat je nak mencarut!!! geram betul
 =( nak marah elok-elok laa... nak bagi punishment bagi r banyak-banyak tapi please jangan sebut perkataan tak elok! nak bagi pra support aku buat, nak bagi crawl pown aku buat walaupun aku malu weyh!!

Minggu ke dua lak exam. huh lepas dari seksaan PT. hihi tapi kena menghadap test tak macam sakit kepala pulak. memeningkan kepala weyh.. huhu.. aku rasa macam ape je. Dah la aku x minat sangat. tapi kena lak paksa diri stadi pasal senjata, pasal peta. Hadap je la menda nie semua sampai habis. hihi tapi akhirnya lega sangat semua dah settle =)

Minggu ke tiga lak semua dok busy sediakan barang nak g mara. Time nie lagi mental nak siapkan semua barang. sangat-sangat penat sebab banyak benda nak kena siapkan. nak siapkan peta la, barang untuk model la, khemah , kerusi, meja kalo boleh semua ada dekat markas tu nak kena angkat bia penuh satu 3 tan tu baru boleh jalan dengan hati senang nya. oke dah habis prepared barang, prepared diri lak nak MARA. 5 hari duduk hutan. Aku pernah terfikir dapat ke aku hadap semua tuh.. sangat mental sebab x mandi lima hari, x tukar baju lima hari, xde toilet, xda punca air bersih. weyh.. menanggis aku rasa . nasib baik ada harbour tu ada water point. lega sikit. Badan naik gatal2. kaki melecet, kaki kecut habis kena air. huhu tuhan je tahu bertapa seksa nya duduk dalam hutan tu sampai aku sendiri kata nanti dah keluar hutan bersyukur la setiap apa yg anda jangan dok merungut je. hee.. tima malam kena water parade. Best gila water parade pastu terkencing-kencing merata-rata janji puas hati =P sepanjang mara nie aku jadi crew GPMG. Ada la sekejap aku pegang benda tu. Boleh tahan berat jugak la. Macam nak patah jugak la bahu aku. Tapi aku diam je . Aku malas nak layan semua tu janji aku jalan sampai dekat harbour boleh duduk relax. Itu motivasi namanya.Hmmm.. akhirnya lima hari tu boleh dikatakan aku sangat berdikari.. hehe suka sangat lepas dah habis nieh..

esok dah masuk kelas. Doakan terbaik untuk aku, semoga semester 4 nie aku dapat tingkatkan lagi pointer aku =)

ikhlas dari hati
sitikhatijjah =)

Saturday, January 12, 2013

exam week =)

Assalamualaikum wbt =)


Hmm.. ahad yang menyegarkan. Selepas subuh terus bangun dan waaaahh main game, stadi satu chapter, makan jajan then habis baca satu chapter mandi! Keching..keching bunyi duit =)
Esok paper yang ke 2 last dan esoknye lagi adalah last paper! Awesome okey. Tapi apabila di musim peperiksaan nieh akan ada orang yang akan stress bila esoknye paper yang killer. Ting tong masuk dalam bilik. Hentak kepala dekat pintu( tanda stress waaaahhh takutnye) okeyh done explain dekat situ explain lain pulak. Bila exam mesti macam- maca ragam ^^

1.       Muka berkerut macam mak nenek dah tua.
Selalunya aku suka buat muka macam tu bila ak nak ingat balik apa yang aku belaja. Bila dah ingat balik aku akan senyum sorang-sorang dekat dewan tuh wat muka sangat comel sambil kepala ke kiri ke kanan ikut lengok tulisan puihh.. bajet comel konon. Tapi aku memang comel pown kan ( sila pergi blog org lain jika menyampah )

2.       Diam seribu bahasa.
kalau aku, kalau aku diam kawan-kawan jangan fikir pelik-pelik ye! Aku nak fikir benda la tuh, lepas settle paper tu aku bising la lagi hehe. Esoknye exam malan nye aku dah start diam dah tanak cakap banyak nak duduk sorang-sorang baca buku. Tapi kalau kita nak diam berpada-pada la nanti orang kata ko nie kenapa tibe-tibe nak bad mood tibe nak diam. Tak remaja la kan. Emm tapi kadang-kadang diam pown bole kurangkan dosa.

3.       Serabut
Well aku memang serabut. Memang serabut sangat sangat. Contoh: lupa bawak slip. Aku buat bodoh je! Kalau tak serabut nak hafal. Tak hafal-hafal walaupun sepuluh kali dah baca! Okey guling-guling atas katil baca sampai ingat !

4.       Kuat makan
Aku akan jadi yang pelahap. Muakhhaaaa.. well aku memang suka makan tapi nanti down sebab rasa diri gemuk. Kawan aku kata kalau aku gemuk dia ape? Then aku diam jela… tapi aku nak kurus jugak.

5.       Bila dah siap jawab soalan
Bila aku dah tak tahu apa lagi aku nak tulis, well aku memang seorang yang hyperactive dimana aku kan pusing kepala 360 darjah tanda aku bosan nak tunggu masa habis. Tengok orang tu wat buat siap tambah kertas euuu tension pandang orang lain pulak. Hihi.. tapi bila dah x cukup masa, tangan aku laju sampai nak tercabut. Hui hui.. lepas exam tangan terseliuh pergi mengadu dengan kawan buat muka comel. Sekali lagi rasa diri comel!

6.       Suka men game
Time nak exam nie jugak nafsu aku nak men game sangat tinggi. Merepek je kan. Asal nak exam je men game sampai khatam. Huh. Pelik betol perangai.

Emm enough said, bosan dah bebel nak sambung stadi lak..

Bye.bye.bye

Ikhlas dari hati,
Sitikhatijjahaffandi =)

Sunday, December 2, 2012

Sunday, November 25, 2012

showtime ^^

Assalamualaikum wbt.

Mari aku nak share apa yg terjadi minggu nie. okeyh!!
Minggu nie sangat busy dan memeningkan kepala. Bila dah busy, penat mula la cari PASAL kan. Hahahaa. Itu normal bagi aku sebab memang aku suka carik pasal PEACE.

Hari sabtu (24/11/2012)
Hari kejadian dimana kami dinilai untuk satu program yang kami kena handle sendiri. Ini amat SUSAH weyh sebab macam-macam halangan aku kena lalui! haha.. tapi nak wat cam mana as a student nie kan kalo lecturer bagi tugasan kena la buat kan2. haha.. tapi sungguh fun kan selepas program tu selesai. Rasa macam lega semacam. Ulang suara LEGA SEMACAM. Jom layan gambar aku je la. Malas nak cerita banyak-banyak. Panjang- panjang, lebar-lebar ^^





snap 1




 snap2 




snap 3

dah habis. ada lagi banyak gambar tapi x ambik lagi cukup je la gamba nie. Yang penting aku dah LEGA.

Hari ahad ataupun hari nie la kan
pukul: 6:00 pagi
tempat:stadium utm
Hari nie ada eco run , aku kena lari 15 km. Oh yeay. Ini pecah rekod sendiri la kan, walaupun time balik tu aku banyak jalan , rasa nak mintak nyawa. Yang penting aku buat. dan yang paling penting aku rasa badan aku ringgan (perasan kurus jap) wahahaaa..







number empunya badan!




sebelum lari harusla snap  picture togather2 kan.


harusla kami rasa comel. sebab kami memang comel pown
(serious perasan gila. dush.dush.dush. tampa muka sendiri)




kami satu skuad kot!




malaysia boleh



dah lari la.. dapat la medal dengan sijil. 

TAMAT

Ikhlasa dari hati,
siti Khatijjah =)

Sunday, November 18, 2012

the end

Assalamualaikum wbt..


Berakhir sudah cuti ku! sedih sangat kena tinggalkan mak lagi, kena tinggalkan rumah lagi. Jujur aku sedih nie kena balik johor balik. huhu. Tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab aku dekat sini ada 2 tahun lebih lagi nak selesai. huh. 

Rasa macam nak tukar u pown ada. Boleh pulak dah tahun 2 kata macam tu (lempang muka kuat-kuat) siap bagi tahu dekat emak lagi. Huhu.

Tadi mak aku telefon. Aku kata la buku nota aku tetinggal. Terbaik kan aku, setiap kali balik mesti barang tetinggal. (lempang lagi laju kepala nie). Lepas tu aku kata dekat mak aku, " mak lupa makan jambu dalam peti ais pagi tadi", haha.. itu pun aku nak mention. Nampak tak dekat situ aku nieh senggal tahap cipan!

Takpe la. Perjuangan harus diteruskan!! Apa pown, doakan kejayaan aku dalam belajar 7 subjek yang semua nya agak pening la. Tak lama lagi nak final weyh. nebes mak.

  • Industrial Law: tolong baik-baik dengan aku. Aku nak A dapat nie. Ta kire A apa, A- pown boleh. 
  • caunselling: Relax sangat subjek nie tapi tolong eh assignment siapkan cepat2! tolong eh nak A jugak!
  • techno: Aku pown tak tahu la subjek nie. Belajar technology tapi input pasal politik. Oke fine kena belajar sendiri la kan. yang nie x kira nak A jugak!
  • TiTAs: subjek nie ngantuk weyh. Aku majoriti kelas nie aku sleeping. walaupun mata aku celik tapi sebenarnya aku tidow. Aih ta kire baca jugak sampai faham nak A jugak!
  • Ethics: No komen la. Susah jugak subjek nie. Tapi who cares kan kalo aku nak A kalo tak dapat kasi dapat jugak. kalo x dapat jugak redha aje la sayangku!
  • Finance: i likeeee. Hehe. Aku memang dulu berhasrat besar nak sambung stadi dalam finance. Tapi apa kan daya takde rezeki. Dah aku minat, susah macam mana tetap menjadi pujaan hatiku. hiii.. doakan A untuk paper ini jugak!
  • Instructional Design: papar ini takde final. Kena buat program. Program sabtu nie. Aku rasa nebes dah nie. Tolong mudahkan jalan hambamu ini Ya Allah. huhu.. doakan terbaik je la untuk subjek nie.

Tengok TAMAK kan cik siti khatijjah nie semua benda dia nak A! huhu.. takde la saje nak bagi semangat kat diri ni. Kalo tak dapat takpe la. Mungkin usaha dan rezeki ta cukup lagi la tu. 

Apa-apa pown good luck kat diri sendiri untuk 2 bulan yang kritikal nie ye!


Aku terbang dari jauh nak kejar cita-citaku,
Nak kejar ilmu Allah!
Aku nak jadi yang terbaik! (insyaallah)




ikhlas dari hati,
siti khatijjah ^^

Saturday, November 17, 2012

jumpah khazanah lama-lama!

Assalamualaikum WBT

Khazanah apa yang aku jumpa semalam. Adalah rahsia! ( muka mintak kena lempang jap)

Okey semalam aku dok tengok kertas lama dekat almari dalam bilik aku. selongkar-punye selongkar aku jumpe kertas jawapan exam aku time peperiksaan percubaan pmr dulu weyh. Haha... lawak gilos la. Aku dok senyum-senyum ingat balik time ambik paper tu.

Time nak duduk paper pendidikan islam tu aku demam + sakit perut. huhu memang ke laut la aku stadi weyh. Memang hancus paper aku tu. huhu.. sedih betul! pastu aku jawab-jawab tak sampai sejam, buat dalam kadar segera, kadar sukahati mak nenek aku, kadar berkadar. Bak kata cepat siap cepat tidur dek kerana kepala aku rasa nak pecah pastu dok ulang alik pergi jamban. Aku memang suka tidur time exam nieh. Sakit kepala letak kepala atas meja. Nah tengok hasilnye! (terkejut i )

(maaf gambar ta jelas, camera hp yg buruk je nieh )








lepas tu kawan aku tulis dekat belakang kertas tu. terkejut aku. Tak ingat sape yang tulis. TERHARU Mak!
hihi..

Entry nie sekadar berkongsi je. takda la nak menunjuk-nunjuk. kenangan sekolah-sekolah dulu je nie.. hehe.. rindu zaman sekolah makanya aku menulis ini. hee =)

ikhlas dari hati
siti khatijjah ><

lega betul cik siti!

Assalamualaikum wbt!

Aku happy sangat sebab ada lagi satu minggu nak stadi Instructional design. oh yeay! lega sat. hihi. happy betulkan aku sampai update belog bagai. Hari ini merupakan hari yang terakhir aku berada di kuching untuk tahun ini. Sebab esok aku nak berangkat pulang ke utm dah. Babai kuching.

Macam mana aku boleh balik cuti nie sedangkan aku tanak balik, ta beli tiket langsung tibe- tibe aku balik, escape dua kelas lagi tuh. Nak dijadikan cerita aku balik sebab mak aku SAKIT weyh. Anak mana kalo dengar mak dia sakit dia tak pergi jenguk, pergi jaga. Anak ayam je kot. Aku anak EMAK mesti balik punye. hihi. Aku balik malam selasa minggu lepas 6 november 2012. Ta sangka betul aku balik weyh.

Waktu tu aku tengah syok2 nie lunch dengan member aku dekat k9. Tibe2 ada miss call banyak kali. Biasa nya mak aku tak telefon weyh tengah hari buta, tengah-tengah jadual aku pack tu. memang idak la aku nak menjawabnya. Aku biarkan je. Tapi aku pelik napa asyik call nie. okey kalo anak baik telefon baik. Telefon balik rupanya adik aku telefon katanya mak masuk emergency deman denggi. Huh! baik la. NOTED. Dalam hati dok kata nak balik ke x? nak balik ke x? Hah.. ta kire aku nak balik jugak.

Dah ambik Keputusan nak balik pergi on lappy terus layari www.airasia. perghhh! macam murah pulak tiket kan. huhu.. sedap betul mata memandang. Hah..kire tepi aku nak balik jugak!!! dah2.. pergi bank bank in dekat cimb. kire nak beli online konon. puih.. hampeh je tak dapat weyh.. kena beli dekat kaunter jugak. Lepas tu cari la delivery, takde. Hmm teksi mesti mahal. Lagi sekali mintak tolong chan hantarkan dekat airport pukul 3 petang. Okey barang bilik ta kemas, baju kat ampaian ta angkat. SYABAS Khatijjah!! baju dalam baldi nasib ada sehelai dua je. Huh aku peduli apa. Aku tinggalkan je! Sebab tiket tu baru sejam aku tengok sejam kemudian dah naik RM50. Agak-agak la.... Cik Airasia oi. Saja cari pasal an aku kan.

Sampai airport pergi kaunter pastu beli tiket berharga RM 4++ huhu. Bestnye rasa. Lepas tu kena la tunggu punya lama sebab flight pukul 830. Ada masa nak tidur, nak melepak, nak layan korea, nak layan diri! nak layan sakit kepala. huhhhh.. bosan nye!!!!! malas betul tunggu..tunggu aje la labu! sampai naik flight boleh tidur! tapi kan naik flight nie selalu nye aku x selesa sebab sempit. Aku lagi suka kalau naik bus weyh dari nak flight!! huhu

Sampai kuching pukul 10 malam terus pergi Hospital tengok emak okeyh! lama betul kena tunggu prosedur masuk ward dari pukul 11 malam tu doktor kata masuk ward pukul 2 baru naik atas weyh. Aku ngantok gilos masa tu sampai je dekat atas jumpe bilik ward tu kecik. huh duduk aje aku mampu tidow tersenguk-senguk ngantok. Mak tidow layan sakit dia. dok meracau- racau aku buat dek je 3 hari. hehe.. sebab kalo dia sakit memang macam tu la gayanye. Dah faham sangat dah kan. hihi Anak mithali katakan. Pastu kena pindah bilik peti ais weyh sejuk gilos aku kata!

jum layan gambar. aku malas nak mencarut dah. hihi..


nah amik kau. ini bilik kuarantin. ada dua bijik aircond besar ! katanya mak
aku suspek h1n1. Nah amik kami ta tidur semalam dibuatnye.


kami membaca buat hilang bosan yang teramat nieh.. ><


abaikan aku. tengok orang sakit dah sihat. tapi masih kena kurung dekat bilik kuarantin sebab suspek h1n1


ini rutin harian. sekarang aku tengah teman mak aku dialysis la. Mak aku masuk ward ke, x masuk ward ke. Hospital tetap rumah kedua kami!! =)


abaikan muka ini. 
tak mandi, tak gosok gigi, tak basuh muka, tak cukup tidur!
(tipu je)

moral of the story: kita kena jaga ibu kita baik-baik. Sekarang ni la masa kita jaga dia pulak. Dulu kecik dia jaga kita. Tak kira hujung dunia sekali pown balik la jenguk-jenguk mak ye anak-anak.

okey dah settled update! ^^

Ikhlas dari hati
siti khatijjah ><

Thursday, November 15, 2012

tahniah siti khatijjah!

hey people, take notes!!! 

1. ID test (19/11) - textbook chap 1 to 8 & lectures slides till Lesson Plan.
2. Communication Technology Test (23/11)- chap 1 to 4 (u can choose to focus either 2 chapters out of 4, since he said all the 4 chapters are coming out for the test but answers only 2 questions.)
3. Counselling Test - prepare on time (focus on Dr. hamdan's video by applying his Definition.)

***reminder for INTERNATIONAL STUDENTS :
1. i'm not sure whether urs Comm. Tech. Test is it the same with local students or not...
2. remember to get ur Counselling video in English version from the China's friend...
3. ID slides can download from e-learning

****** ATT for all of us :
1. Get ready with ur training programme
2. Get ready on ur Comm. Tech. presentation
3. never forget to do ur Article summary for Law
4. the last but not the least, ur Counselling Assignment of 100++ pages.

thanks and copied from Li Jing





Okey Assalamualaikum WBT.




Ini adalah rahsia kerajaan!! huaaaaaaaaa aku rasa nak hentak kepala dekat dinding! tengok notis atas tu. aku tak buat satu pon lagi dari semua benda tu. Apa nak jadi aku pon ta tahu.
Lepas nie aku nak struggle buat semua nie lepas aku betul2 balik utm. Sebab sekarang aku dekat overseas kan so mood nak buat kerja tu memang xde okey. baca buku pown also xde mood! ^^


tu je la nak share! ><

Ikhlas dari hati,
Siti Khatijjah

Sunday, October 28, 2012

what i want to share is....

Assalamualaikum wbt..


okey petang Ahad nie, tiba- tiba aku rasa macam sayu je, sebab esok dah start kuliah agaknya. tapi hari ahad kan biasanya hari- hari bersama emak tercinta di rumah kan.kan.kan???? Asyik emak je kan aku nie, tak sedar umur dah 20 tahun. Tapi nak buat macam mana still aku masih nak emak aku manja aku macam selalu sebab memang aku ANAK MANJA. ok fine =.=''

Dah hampir 2 bulan aku tak balik rumah, so tak rasa la lagi hati meronta- ronta nak balik tu kan. ABAIKAN perasaan nak balik sebab sem 3 aku x balik okey. Sebab cuti sem aku ada 3 minggu je, tolak latihan tinggal 0 minggu nak balik. Takpe la korban ckit sem nie. Sikit je lagi nak tahun 4 kan.kan.kan??

Tapi petang nie nak share something la, kan Best kalo putar balik masa dan masa tu aku masih kecik lagi.


Nampak gambar dekat atas tu! nampak.nampak macam mana kemahuan aku sekarang nie. Sebab aku rindu sangat zaman kecik ku. Zaman gembira ku. Zaman di manja aku manja sangat dengan bapak aku, mak aku! rindu sangat ( sob, sob, sob ='( ) Masa kecik dulu aku paling selalu sorok kad laporan aku dalam beg. Sebab dapat nombor tercorot sekali dekat kelas. Sorok dalam almari baju siap-siap ^^ jahat gila time tu. Nanti tiap kali nak amik kad laporan, time tu la aku nanggis-nanggis x nak bapak aku pergi amik kad tu. huuu.. nanti kena marah dapat nombor tercorot. Aku memang tak BIJAK pown masa sekolah dulu. Aku suka sangat PONTENG kelas. Sebab aku rasa family aku senang sangat. Nak apa je semua dapat. Hee... dalam seminggu boleh kira berapa kali muka aku ada dekat kelas. JAHAT kan ak. Pastu masuk kelas tercorot sekali. TERBAIK kan SITI KHATIJJAH !!! 

Bestnya zaman sekolah rendah dulu, cuma masa tu aku x bukak fikiran lagi jadi orang dewasa kot. Asyik tahu nak manja je. Hmm.. rindunyaaa saat raya bersama-sama, beropen house sama-sama. Berjalan sama- sama. Andai dapat putarkan kembali masa tu alangkah bahagia nye kan. Best kalo ada family yang complete. YA ALLAH sebaknye fikir balik semua nie.. Sebak fikir kenangan- kenangan dulu. Nasib la gambar2 lama dah hilang, kalo x mesti sebak nak tengok balik. Banyak betul dugaan hidup nie. 
Tapi dulu aku x nanggis pown bila family kucar-kacir macam tu. selamba jer kan. Biasalah masih kecik x matured lagi!

Sejak masuk tingkatan satu semua berubah. Fikiran mula terbuka untuk menjadi terbaik untuk emak aku. Nak tengok mak aku happy je. Emm entahlaa sedih rasa kalau mak kata kalau dia dah xde nanti korang ada dua beradik je. Jangan la gaduh2. huhu (sedih gila) sebab aku memang suka gaduh kot. Macam anjing dengan kucing je. Tapi dah duduk jaoh2 nie x da la nak gaduh2 dah. Rindu je selalu. Pastu sedih sorang2 pergi tidur nyenyak2 tanpa hiraukan orang lain. Sebab aku jenis yang suka simpan kalo boleh x nak bagi org tahu. Pastu aku suka update pelik2 dekat fb aku. Itu lah aku. Kalo aku xda mood pown aku x kan marah orang lain. Aku diam je. Keras betul hati aku nie. Huh.. Sebab bagi aku. Masalah aku biar aku yang tanggung. Aku x suka nak bagi orang denga cerita aku ulang-ulang padahal cerita yang sama hihi... baik aku tulis dekat dairi ke, dekat fb ke. So aku x ganggu orang, tulis dekat blog pown sebab xde orang baca. hiii. simple kan aku.

enough said. Malas nak tulis nanti aku share cerita lagi.

ikhlas dari hati,
siti khatijjah <3


Thursday, October 25, 2012

 Assalamualaikum wbt ^^

Selamat hari raya aidiladha semua.. Raya tahun nie aku x balik rumah dan aku dengan hati terbuka, mata ke atas kaki ke bawah meninggalkan diriku di Kolej Tun Dr Ismail. Bukan tanak balik, tapi cuti seciput jerk. so aku buat keputusan untuk beraya di UTM walaupun pada mula nya aku sedih, hati meronta-ronta nak naik bus pergi balik rumah mak cik. Tapi raya tahun nie sungguh awesome sebab beraya dengan skuad kan. Masak sama-sama, minum sama-sama, makan sama- sama, semua sama! hihi =)

So aku malas nak cakap banyak! layan gambar je okey ^^



Pergi makan dekat johny sebab semua arked dah xda makanan 
(^_^)




suri rumah tengah beli makanan buat stok!
( bajet suri rumah sangat la )



buat- buat rajin la pulak ><"



rumate saya yang sewelllllll...




isteri mithali niehhhh... *_*




kami suka makan!



aku suka gambar nie. sebab aku yang amik....



bajet comel makan sosej!



jum makan semua!



hurmmmm... lapar lagi bole ^^
(sambil buat muka mintak lempang )


last but not least! 
selamat hari raya guysssss!!!!


ikhlas dari hati,
siti khatijjah =)



Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

mp3