Wednesday, May 30, 2012

saya budak sibuk!

Assalamualaikum..




Okey mula hari ini saya akan menjadi orang yang paling sibuk di dunia kerana final nak dekat oh yeayyy!!
Jangan main-main ye cik siti. Ini hidup mu. Mati mu. Aigoo. Ingat pesanan mak. Belajar rajin-rajin ye sayang. Okey mumy im promise i will study hard mumy =) im promise, im promise, im promise mumy. Girl will study hard.

Nah tengok la flow gamba kat bawah nie okey malas tulis panjang ye .



Eheh rajin nye saya tulis nieh!


calendar saya buat! ta cantik pown. yang saya bulat tu maknanya tarikh tu ada 
event TERBAIK punye =)


Nie jadual exam saya okey ^^


okey semalam sempat pergi gathering party cik reza and coursemate =)


ops exam ye bukan ops sikap!
ini la rupenya meja study saya yang bersepah
ini semua saya kerjakan ^_^



sudah bosan baca buku! men sudoku sampai tertidow ><"
sebab sakit kepala ye..
ta dapat jawapan.


iklan sementara! SNOGURT yummy..
wani yani nak lagi bole ><


last but not least =)
okey buat pengetahuan semua fb saya dah kena HACK
arahan dari saya
dilaksanakan oleh Apit ye.
Ini kerana saya peminat facebook tegar
so 22.6.2012 baru taw pasword
kalo ada apa-apa bole terus mesej dan call di hp saya aje ye.
InsyaAllah terus dilayan kecuali saya tersangat busy ^^


Okey yang tak sabar nye nak balik 1 julai nie oh yeay!
Tapi esok kena pergi training dekat mersing. Sunburn lagi la nampaknye.
sebelum balik lagi kena training lagi sekali! wow..
Berkhidmat untuk negara.

Emm tu je la untuk harini, minggu nie. Nanti kalo i rajin i update ape yang jadi time kem ye.
Oh my facebook saya rindu awak. huwaaa .. sabar ye cik siti.

Ikhlas dari hati,
Siti Khatijjah Bt Affandi =)



Friday, May 25, 2012

im big enough kan?

Salam..

Hari yang indah lagi mulia. Okey jumaat. Ada apa dengan jumaat bagi aku

Jumaat, di wing B aras 7 Kolej Perdana akan menjadi suram kerana penghuni-penghuni nya pulang ke rumah mereka.Girang wajah mereka semalam selepas selesai kelas organizational behavior kerana mahu pulang ke rumah berjumpa keluarga. Aku dapat rasakan mereka gembira sangat. okey tumpang gembira =)
Dan aku aku menjadi orang yang paling sunyi! Okey sunyi.. lalalaalaa.. banyak benda aku buat. Buat sampai aku pening.. hee.. oke saya budak pintar yew =)

Bila ada masalah, yang paling membantu ada seorang. Seorang yang menyayangi anda dengan sepenuh jiwa dan raga, dibelai kita masa kecik-kecik, dan besar ditatang macam minyak yang penuh, dibagi makan yang enak, baju yang cantik. Itu lah pengorbanan ibu dekat kita kan. Berkorban apa sahaja untuk anaknye. Emm besarnye pergobanan mereka. Dapat tak aku jadi ibu yang terbaik nanti??

Terus berfikir dan berfikir. Bolah tak aku jadi manusia sebaik-baik manusia. Alhamdulilah aku dalam proses ke arah memperbaiki diri dari baik menjadi baik. Dan baik.. dan baik!

kalau aku ada masalah, aku salu diamkan diri. Sampai orang tak boleh detect what my problem okey! 
biarla itu boleh diabaikan tapi derita nak balik rumah lagi derita dengan masalah yang x penting nieh. 
Kadang-kadang aku suka memerhati, mendenga apa yang orang cakap. Tapi hati aku turut menilai. Emm merepek lagi. Ta kisah la ini blog aku.

Blog kalo x diari aku. Penuh catatan aku tulis kalo aku ada masalah. Hee =) saya kan dah besar kan. Tanak la ganggu kawan2 saya cukup saya sorang je tahu. Hee.. 

saya nak ada orang belai saya, syg saya. so nak balik nanti nak manja dengan mak puas-puas.
Mak kat sini takde tempat nak manja-manja..
Mak kat sini takde yang beli kita makanan sedap..
Mak kat sini takde yang bawak kita jalan-jalan kalo kita bosan..
Mak kat sini takde orang teman kita makan ais krim , makan rojak, makan ABC petang-petang.
Mak kat sini orang suka main2 kan orang.
Mak kat sini takde yang ajak kita breakfast, buatkan breakfast sedap.

haah.. itu la ayat merepek kalo dah sakit sangat di otak nieh, sakit di hati, luka di jantung. hee..

ikhlas dari hati,
Cik siti =)



Thursday, May 24, 2012

i wish..

salam..

malam nie agak HAMBAR hee..
cik siti teramat sedih dan kesal..
dah tak tahan dah.. bertemankan bantal dan teddy bear jum nanggis ramai2.. hehe

hmm aku tak harapkan yg lebih melainkan benda tu memang dilua batasan.
okey even say selamat malam jugak payah..
tolong la hargai saya..
bile nak on number 2, penat tunggu sampai dah nak naik pengsan... hehe
tujuan bg number 2..bole la ckp2 kalo aku boring.. huu dah takde sapa lagi dah nak teman ckp. oke xpe. oke fine. tanak ckp sampai bile2 mcm tawar hati nak g jumpe jugak!
syok sendiri lagi maybe nanti ada org len kot nak teman aku ckp sampai aku boring. kan aku dah byr. kalo pompuan len dya ta buat dah mcm tu.. ak je suke sibok2 menyusahkan diri.

bile org nak hargai saya nie. nak tunggu sampai sy bosan dan tawar hati ye.
kalo org yg aku syg, satu je ak mintak sentiasa jd yg pertama dalam semua perkara.
again aku syok sendiri lagi. hee

takpe la. redha je la.. mana la tahu nanti ada putera kayangan dtg treat aku mcm puteri diraja. hee


Tuesday, May 22, 2012

i am useless!

Assalamualaikum wbt..

mood hari nie pada awal nye sangat baik.. dan tibe2 rasa macam down lagi.
Ya Allah.. walaupun dia buat kesan nya dekat aku jugak. Kecewa sangat-sangat.
tu je la. saya sangat kecewa budak2 yang suka buat benda ikut siap je. huhu
Penat la! =(

Sunday, May 20, 2012

tired of people behavior.

Assalamualaikum WBT =)

Hye readers! Hari nie aku nak share ckit pasal kepenatan melayan karenah orang ok. bukan organizational behavior yang assignment kena buat lagi tu. hehe.

Oke before that aku nak cerita pasal gunug Arong dulu. Semalam baru daki gunug arong. Best sangat sebab aku memang gian nak daki gunung, nak treking dalam hutan. Sudah sebati dalam Jiwa sebab masuk Palapes pown asyik kena masuk hutan. Rasa macam best sangat kalo bole masok hutan. Addicted nama nye kalo dah macam tu kan?

Sepanjang perjalanan oke, aku boleh la tahan lasak. But kadang-kadang kalo tengok aku yang lincah je jalan tapi sorang member kita pancit. oke fine. Dengan ego nya aku kata tu la tak exercise! itu Ego namanye. Orang merengek penat-penat. Dalam hati aku kata aku pown penat.. Okey tapi seego-ego aku. Aku bagi orang tu semangat dorong dia jalan, tarik tangan dia.At least aku ego tapi tak pentingkan diri sendiri. Seannoying mana kadang-kadang aku dengan orang tu aku takan biar dia terkapai-kapai mintak tolong, mintak semangat. Betul kan?

Oke gunung Arong best sebab turun tu terus jumpe laut. hee. just nice kan =) air dia biru. Excited orang bandar nie nak tengok laut macam tu. Sebab nanti dah balik rumah jaoh nak g laut. Ta macam kat gunung panti haritu.. totally insane sebab sesat, ta cukup air, penat semua ada. tapi best kan selepas samapi puncak. rasa macam heaven gile.

bercerita pasal aku penat layan orang nie. hmm.. Kadang-kadang lakonan aku terlalu hebat sampai orang yang pijak-pijak kepala aku nie buat ta tahu. Aku tak nak gaduh, buat muka. Sakit kepala je kan. Nanti kang macam2 org maki aku dalam blog dia. who know kan. Sabar aku jugak ada batasnye.

Tapi At Least tolong hormat orang ckit. huhu Malas nak tegor la benda kecik2 nie. Tahu-tahu sendiri kan.Benda simple tolong la faham. Pastu kalo nak guna barang orang tu kena la letak tempat asal, dalam keadaan yang asal yang sama. at least nak gune tanye dulu saya nak pinjam oke aku bagi nie tak sampai assigment pown nak ambik gitu je. Taw la time tu aku tidow. but bole ta tunggu esok2 nak pinjam. Ta suke la mcm nie. Even adik beradik aku pown ta penah buat barang aku macam tu men sukahati ambik je. esyhh.. geram kot. kaki2 lagi. kat assigment aku. Dengan wajah kesal nye aku bangun semalam tengok assignment aku atas lantai.. dia tengah tengok2. husyh!! ta suke !!!!! mak aku pown x pernah. huhu..tolong la hormat orang


oke tu je laa!


lots of love
sitikhatijjahaffandi



Friday, May 11, 2012

Assalamualaikum Wbt..

Hye readers! =)

Malam nie aku nak cerita apa pulak yew. Aku x rasa yang aku ada idea nak tulis ape-ape. Mungking jugak kekangan idea. Okey tapi nak jugak update<----- GEDIK namanye.
Takpe la kan. Apa-apa pown meh layan story nie yew.

Pada suatu hari lagi cerah dan berseri, seorang rakan dengan baik hati nye mengenakan aku. oh Yeay... layan jugak dan kena layan because of aku menjaga hati dan perasaan orang dan aku tak tahu bila lagi orang nak jaga perasaan aku. Okey no heart felling. ok fine =) 

Aku manusia bodoh yang layan dan terlayan dengan semua itu dan aku terpaksa jaga jugak perasaan orang. Cukup menyakitkan hati plus cukup sakit perasaan, jiwa and semua yang ada dalam diri seperti disiat-siat rasa kinda of nak **** ta bole nak explain dah la rasa apa. 

Sekarang semua susah. Nak patah balik tapi aku kena fikir perasaan orang lain jugak, Nak lari dari kenyataan, aku bukan orang macam tu. Nak terbangkan diri ke alam layan. Aku tak mampu lagi. Kebelakangan nie aku nak lari dari masalah aku. Masalah yang aku buat sendiri. Musibah ada dua yang diundang dengan yang tidak diudang dan musibah yang aku buat nie musibah yang diundang. Aku mengaku aku jahil sangat.

Berubah la wahai aku, berubah la sikap aku. berubah semua la. Kalau aku tak berubah, sure satu masa nanti aku yang sakit. Semua aku sendiri lagi yang kena cover. Aku kena berubah. Aku kena kuat, berdiri tegak di kaki sendiri. Hiraukan orang lain . Jangan layan kalau xde urusan!

.......................................................................................

hmm.. InsyaAllah =)

lots of love,
sitikhatijjahaffandi =)

Thursday, May 10, 2012

lesson for today =)

Assalamualaikum Wbt.


Selamat malam semua. Mesti semua dah berdengkur agaknye . Ke tengah dating atas tilam, bergayut sampai pengsan?  Aku je yang tak boleh tidur ni, Angkara siapa?
hee semua angkara sendiri. Penat-penat baru balik Dewan Sri Iskandar dengar Forum kahwin muda, okey nampak menarik dan aku pown join la. okey memang best boleh dapat ilmu baru sambil tertidow kerana kengantukan melampau!! Rela jalan kaki nie.. hmm kalau la utm nie dekat dgn rumah aku dah lama aku request kereta dah. Hmmm apakan daya tu je aku  mampu setakat nie je. So aku Redha =) jalan malam-malam ape salahnye kan? 


Ilmu apa kah yang aku dapat? Kahwin muda bole tapi kena ada persetujuan dari ibu bapa plus dah ready semua dengan cabaran rumah tangga and bla..bla..bla... okey i think i not ready yet. hee.. so i dont think like nak kahwin muda. Kan elok kita sabar. Redha je la dengan setiap apa yang kita pilih dan dapat nanti. 


So story between me dgn dia. Aku rasa, aku fikir, aku decide bulan 7 nie aku nak balik rumah terus dan tanak singah mana-mana because of itu lah jalan yang terbaik yang aku boleh fikirkan buat masa sekarang. Lama dah aku fikir pasal nie. Lama-lama buat aku serabut jugak. Pentingkan nak jumpa semua nie, setakat nie aku x rasa penting sangat kecuali nafsu nak jumpa nie sangat tinggi. But it just keinginan kan nak jumpa dan ia bole berubah mengikut situasi. Better stay then go. 


Memang dia tak mengharap aku nak pergi jumpa dia and same goes to me. But kadang-kadang rasa itu datang  jugak and kepala aku rungsing nak fikir. Ake bersyukur sebab kami ta dekat, kami jauh and bonding diantara kami berdua tak la sekuat relationship orang-orang lain. kalau jadi apa-apa pown aku Redha jugak.


So sekarang biar Takdir yang tentukan story between kami, tanak merancang tanak buat itu dan ini. Nanti aku frust pulak. hee..Matlamat lepas exam, p latihan palapes dan balik rumah. Balik rumah nak cari kerja. Saya bukan orang kaya nak ada orang tanggung lagi. Haa..ta mati aih kalo xde orang tanggung setakat nie la..


Aku redha setiap ape yang berlaku dekat aku selama nie, kurang kasih sayang, kurang perhatian, semua mengajar aku lebih dewasa. Terima kasib ibuku yang selalu ada disaat aku mermelukan. Yang lepas biar la berlalu, yang baru aku kena tempuh walaupun aku kena tempuh sendiri. Aku tak dewasa tapi aku belajar jadi dewasa. Aku Redha dulu aku ada dia sekarang nie aku dah x boleh harap dia dah. So, teruskan hidup, jangan mengeluh, buat kerja pandang depan! =)




lots of love,
khatijjahaffandi =)







Wednesday, May 9, 2012

Redha!

Assalamualaikum Wbt




Redha. Maksud nye aku redha dalam semua yang aku ada, yang aku dapat, yang aku rasa. Yes im Redha! hee.. redha dan redha.. means that when u do something dengan Redha InsyaAllah semua berjalan dengan baik. Yang penting HATI ta sakit sebab kita Redha. oK aku REDHA . So i dont care if sape2 nak buat masalah then silakan. Malas LAYAN. 


 Minggu nie hati aku lebih tenang berbanding minggu lepas yang sangat SERABUT2! i dont know why sometime i feel saya serabut, and of course aku nak mak aku. Hahah.. rasa macam aku anak manja. YES mengaku aku anak MANJA =) disebabkan itu aku mengambil magic pen yang berwarna purple dan tulis di white board dalam bilik aku REDHA =). Haa.. then it motivated me everyday!


Minggu nie aku bermain2 di library kerana puncanya aku ingin menyiapkan kerja aku. But then aku juga masih curi tulang. hee.. its okay tapi kerja aku tetap siap kan. hee.. 


Dalam masa sebulan lagi aku nak final nie.. aku rasa nak start study! aku rasa macam dah cuak.. aku nak Dean.. please.. huhu.. nak up2 and away my pointer..Harap aku boleh buat yang terbaik kali nie macam dulu! aku nak macam dulu lagi! Amin =)

Saturday, May 5, 2012

hbs!

assalamualaikum wbt!

wish me good luck taw. Nak pergi HBS nie.. hmm cath xde perasaan nieh.. huhu.. =)
sempat ag update blog. Dah la x berapa nak study ..



muka gementar nak g HBS =)

Thursday, May 3, 2012

heart problem?

Assalamualaikum WBT


wahai hati, 
jikalau sekarang sakit mu sesakit dihunus pedang,
aku redha Ya Allah
jikalau sekarang sakit mu seperti dihiris-hiris
aku redha Ya Allah

tenangkan la jiwaku
disaat jiwa ku bergelora 
seolah-olah ombak yang begelora di lautan
Ya Allah..
sesunguhnya tenangku hanya datang dari-MU
reda la segala resah ku 

aku tahu aku yakin
aku boleh! 
Terus tersenyum riang mengejar citaku. 
senyum ku bukan bermaksud aku lari dari masalahku
senyumku hanya dusta mengaburi padangan sahabat perjuangan ku

semoga waktu yang getir ini 
bisa aku lalui
kerana aku manusia yang lemah
yang hanya mampu merancang
mampu mengharap 
untuk
mendapat keredhaan mu.

p/s: i wish that i can meet my mom even 1 hours it already enough. i really miss my mom. i need support from her!
i hope i can stand until the end of the war. 
mood: homesick.i want to cry but i cant!



Wednesday, May 2, 2012

sharing is caring =)

Assalamualaikum WBT =)


hye readers! semalam dah terpadam dah apa yang saya nak tulis tu hee..
awak sungguh comel bila kelam kabut dan at the end shut down! brilliant sayang =)


okey semalam actually i want to share about what i like. tapi on the way i nak tulis tetiba i tekan ctrl + a.. oh tidak semuanye hilang sekelip mata dan saya kelam kabut. sebenanya boleh je selamat tapi dah mood nye dah benggang! so hilang. hee =)




saya gumok lagi kuat makan =)





saya suka:

  1. Pantai. Sebab pantai sebab pantai indah permai. bole buat saya gembira, terpegun dan terdiam. Hilang rasa yang beban di kepala nie hah..
  2. shopping. Sebab ladies memang suka shopping kan. Normal la tu, kalau ladies suka shopping. Lumrah alam. So my future husband kena ready nieh, your wife suke habiskan duit =)
  3. Jungle tracking. Sebab tu la saya masuk palapes. T boleh la masok hutan selalu =) masok hutan sampai pengsan =)
  4. Jogging. Sebab t badan saya peluh-peluh macam hujan. Best rasa macam ringgan je. Tapi takde teman jogging yang setia la. Hope soon ade la nak teman saya jogging selalu
  5. Ice cream.Sebab saya ice cream addicted. Addicted tahap kritikal. Hee.. nasib la Kalo saya nanti bole jadi gemok dan segemok-gemoknye. 
  6. Coklat. Sebab coklat manis dan sangat manis. hee.. suke =)
  7. Bagi orang hadiah. Sebab saya suke bagi hadiah kat orang2 yang special bg saya. tapi kdg2 dia ta kasi saya bagi. Tapi saya beli hadiah senyap2 =)
  8. Melancong. Saya suka berjalan. Hmm hope suatu hari nanti saya boleh melancong semua tempat =)
  9. Naik bus. Pelik kan suke naik bus tapi hakikatnye saya suka.
  10. Dating dengan mak. Semua org suke dating dengan pakwe. Tapi saya suka dating dengan mak sebab t boleh manja2 =)
  11. Teman mak pergi hospital. Itu hobby kalo saya free. T saya bole tolong mak saya macam2. =)
  12. Main dengan budak. Suke sekejap pastu benggang haha... =)
  13. Tidur. Hee.. saya suke tidur kalo tataw nak buat ape =)


gambar curi nie time teman my mom dialysis


saya kuat shopping kan =)

hee.. dah ta tahu nak tulis ape lagi letak gamba dua ketul yang x berapa nak masuk kan. =)
xpe saya kan suke yang pelik2. 
selamat membaca nanti tambah lagi.



lots of love,
sitikhatijjahaffandi =)






Tuesday, May 1, 2012

..

assalamualaikum wbt =)



      tadi sy dah tulis dah tapi terpadam pulak.
hmm terus xde mood nak share lagi!
emm sorry =(

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

mp3