Monday, July 15, 2013

Aku di Bumi Borneo.

Assalamualaikum Wbt.


sekarang aku dah balik rumah. sarawak bumi kenyalang! tak sangka pejem celik pejam celik dah cuti. berkat kesabaran aku menunggu nak balik rumah nie punya la lama aku tunggu. hui hui hui bertelur tahu tak nak tunggu masa nak balik rumah sebab kurang cuti, sebab cik palapes aku. hai sekarang aku dah jadi senior oo senior pasti kubu sedang menanti untuk digali. wah masih panjang perjalanan aku. apa-apa pon setahun je lagi untuk menderita lepas nie pasti aku merinduinya! hmm sekarang aku just tempuhi semua dengan penuh kesabaran walaupun kadang-kadang aku kurang sabar tapi i'm still try my best okey!


sebelum nak balik rumah nie aku kena pergi ums dulu. berkhidmat untuk negara katanya. pengalaman yang baru sebab boleh melihat sumandak-sumandak di sabah. sumandak la sangat! hahaaaa padahal aku nie busy berduty 24 jam. tidur pon ikut dan je bila off duty aku tido la bila on duty aku dah macam apa je matanya. lagi-lagi kalo duty malam-malam sungguh enak tido dimerata tempat. memang sepanjang dua minggu tu sungguh mencabar. ada je karenah orang yang membuat aku rasa nak *&%$ tak boleh nak describe. biar je laa.. ada yang marah sama sendiri, ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang menuang. ada yang mengelat. sabar je la, tu semua karenah manusia. Tapi aku memang kasar orangnya. Orang anggap aku marah padahal aku x marah pon. biar la mereka nak kata aku apa pon janji aku bahagia dengan cara aku.

pasal diri aku, aku masih aku yang dulu. tiada perubahan cuma sekarang aku lebih suka berseorangan sebab nak cari ketenangan katanya. haha pasal hati dan perasaan pulak. hhmmm ntah laa.. kata stap aku kuat berangan orangnya, apa yang aku nak tu mesti aku tak boleh nak capai. huh tapi aku x kuat berangan pon. bia la dya nak kata apa pon janji Allah dah tentukan jalan yang paling terbaik buat aku. setakat tengok personaliti aku boleh ke tahu masa hadapan aku?? tak kan mesti ada yang lebih baik yang akan Allah bagi kat aku nanti kan. tapi kan aku sedang menunggu si dia. kalau dia tu jodoh aku, aku redha dan kalau dia bukan jodoh aku pasti ada yang lain dtg jugak! heheee biar la masa yang menentukan semua.

pasal result pulak. aku dah tengok pon senarai tampal. aku rasa da la perubahan sikit. sikit je pon tapi xpe la next sem boleh usaha lagi kan.

sekarang tengah tunggu berbuka puasa. kbye ^_^

Saturday, May 4, 2013

perjalanan ku sudah mahu berakhir di bumi utm.

Assalamualaikum.

penat sudah melangkah. Aku doakan perjalanan aku disini berakhir dengan kejayaan tidak lama lagi.

p/s: tahun 3 tak lama lagi, maksudnya 2 tahun lagi. Aku nak balik menabur bakti dekat mak pulak. Nak jaga mak.. risau.. mak dah la tak sihat..

Monday, April 29, 2013

ORANG PON ADA PERASAAN JUGAK.
INGAT KAU BUAT MACAM TU HATI AKU X SAKIT KE??
HATI KAU SORANG JE KAU FIKIR.
HATI AKU SIAPA NAK JAGA.

Sunday, March 17, 2013

Bosan.Penat.Rindu.

assalamualaikum wbt.

Bosan lagi walaupun sebenarnya banyak benda yang aku kena buat. Assignment, kuiz arghh! kenapa agaknye kepala otak nie macam err.. tataw nak kata apa. Dengan badan aku yang sakit sebab berkawad satu hari kot. Macam mana la boleh kawad sampai sakit badan. Semalam pun balik lewat pagi sebab sentri night walk. Okey aku memang pencinta alam agaknya sebab sukarela nak jaga malam tu kan.

Penat. Penat buat kerja yang bukan kerja aku. Penat sakit hati sebab orang tak buat apa yang aku buat. Huh abaikan perasaan tu yang penting kalau aku buat baik nanti Allah balas baik jugak.

Rindu. Rindu mak. Nak balik rumah. huh kenapa agaknye dua minggu tu lama sangat. Kenapa? Rindu rumah. Nampak tak aku dah homesick. Tolong faham perasaan aku. err.

walk alone#thinking#smile =)




Sunday, February 17, 2013

awesome kan =)

Assalamualaikum wbt =)

lain orang lain ragam. tapi kami satu skuad =)


Ujian kawad intermediate


Semangat nak ujian =)


check baris. tu AKU =)


Ujian pkt =)


Ujian lagi =)


comel kan mereka . Aku xde . huh Jeles =P



Bali oh bali (KETAM)


makan ubat! x sedap sebab kena kunyah 3 biji ubat malaria



Lega sangat dah lepas makan ubat
oo koperal Radin =..=


wasik yang awesome. suka betol kalau dapat dengan dia.
Dapat banyak ilmu =)


Dapat tido je. Tengok la semua tido.. phyton ooo phytonn =)


Mara.mara.mara


Briefing sebelum mara =)



Minah GPMG
bawak GP penat oooo..


Ada 8 bound nak clear.
Ketua platun ^^


kotor nya baju ><"


down.down. (masa untuk membuta di tepi jalan)


teruskan perjalanan ke harbour *_*


down.down.down.


ketua platun tengah discuss


tinjau.tinjau.tinjau


kami kumpulan tinjau =)


nak dengar perintah laaaa... huh


serangan!



panglima nak briefing ketua platun =P



GPMG dah berkokok.
ketam ooo ketam =P


hui,hui dapat balak la...


hadiah selepas dapat balak baru =)


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ANGKATAN GAGAH SETIA =)
ikhlas dari hati,
siti khatijjah

Tuesday, February 12, 2013

tutup cerita semester 3

Assalamualaikum =)

Lama dah rasanya x update belog nie. Dah bersawang jugak la kan... sebenarnya aku baru habis menjalani latihan palapes selama 3 minggu =) sangat terbaik aku rasa dalam tempoh sebulan nie dan sekarang baru la rasa lega dah boleh bernafas seperti biasa ^^

sepanjang latihan minggu pertama. Huh dapat aku rasa bertapa menyesal nya aku x pergi exercise. Penat gila time PT. Dalam sehari PT sampai 3 kali boleh. Sebelum nak makan je pergi PT. awesome gila la aku rasa sampai kaki aku bengkak dan aku dengan keras kepala tak pergi pusat kesihatan sebab stap kata kaki bengkak hal biasa. Tapi memang betul pown. Standard la tu kata latihan. Kalo x latihan mana ada sakit kan? Bukan setakat nak pergi makan je kena lari. Time dalam kelas pown kena lari, ngantok sikit lari, break 5 minit kena lari. Aku rasa minggu pertama aku mental gila. Aku terfikir-fikir bertahan ke x kaki aku nie sampai nak pergi mara??

Latihan kali nie aku memang asyik kena marah je! Tapi aku tak kuat nak hadap dengan marah-marah orang atasan tu. Penat aku layan sampai bilik pasti banjir kot bilik aku. huh lega aku rasa. Tak pernah lagi aku macam tu. Tapi aku paling tak suka dengar orang mencarut.. Nanti aku tanak la mencarut-carut. Serius aku x Suka. Lagi-lagi perkataan sial.. apa la pelik sangat manusia sekarang nie suka sangat sebut perkataan sial nie. huh.. macam bonggok je. Banyak lagi la perkataan lain. Banyak perkataan dalam dunia nie nak jugak sebut perkataan sial tu. huh.. tak faham dengan karenah manusia bila penat je nak mencarut!!! geram betul
 =( nak marah elok-elok laa... nak bagi punishment bagi r banyak-banyak tapi please jangan sebut perkataan tak elok! nak bagi pra support aku buat, nak bagi crawl pown aku buat walaupun aku malu weyh!!

Minggu ke dua lak exam. huh lepas dari seksaan PT. hihi tapi kena menghadap test tak macam sakit kepala pulak. memeningkan kepala weyh.. huhu.. aku rasa macam ape je. Dah la aku x minat sangat. tapi kena lak paksa diri stadi pasal senjata, pasal peta. Hadap je la menda nie semua sampai habis. hihi tapi akhirnya lega sangat semua dah settle =)

Minggu ke tiga lak semua dok busy sediakan barang nak g mara. Time nie lagi mental nak siapkan semua barang. sangat-sangat penat sebab banyak benda nak kena siapkan. nak siapkan peta la, barang untuk model la, khemah , kerusi, meja kalo boleh semua ada dekat markas tu nak kena angkat bia penuh satu 3 tan tu baru boleh jalan dengan hati senang nya. oke dah habis prepared barang, prepared diri lak nak MARA. 5 hari duduk hutan. Aku pernah terfikir dapat ke aku hadap semua tuh.. sangat mental sebab x mandi lima hari, x tukar baju lima hari, xde toilet, xda punca air bersih. weyh.. menanggis aku rasa . nasib baik ada harbour tu ada water point. lega sikit. Badan naik gatal2. kaki melecet, kaki kecut habis kena air. huhu tuhan je tahu bertapa seksa nya duduk dalam hutan tu sampai aku sendiri kata nanti dah keluar hutan bersyukur la setiap apa yg anda jangan dok merungut je. hee.. tima malam kena water parade. Best gila water parade pastu terkencing-kencing merata-rata janji puas hati =P sepanjang mara nie aku jadi crew GPMG. Ada la sekejap aku pegang benda tu. Boleh tahan berat jugak la. Macam nak patah jugak la bahu aku. Tapi aku diam je . Aku malas nak layan semua tu janji aku jalan sampai dekat harbour boleh duduk relax. Itu motivasi namanya.Hmmm.. akhirnya lima hari tu boleh dikatakan aku sangat berdikari.. hehe suka sangat lepas dah habis nieh..

esok dah masuk kelas. Doakan terbaik untuk aku, semoga semester 4 nie aku dapat tingkatkan lagi pointer aku =)

ikhlas dari hati
sitikhatijjah =)

Saturday, January 12, 2013

exam week =)

Assalamualaikum wbt =)


Hmm.. ahad yang menyegarkan. Selepas subuh terus bangun dan waaaahh main game, stadi satu chapter, makan jajan then habis baca satu chapter mandi! Keching..keching bunyi duit =)
Esok paper yang ke 2 last dan esoknye lagi adalah last paper! Awesome okey. Tapi apabila di musim peperiksaan nieh akan ada orang yang akan stress bila esoknye paper yang killer. Ting tong masuk dalam bilik. Hentak kepala dekat pintu( tanda stress waaaahhh takutnye) okeyh done explain dekat situ explain lain pulak. Bila exam mesti macam- maca ragam ^^

1.       Muka berkerut macam mak nenek dah tua.
Selalunya aku suka buat muka macam tu bila ak nak ingat balik apa yang aku belaja. Bila dah ingat balik aku akan senyum sorang-sorang dekat dewan tuh wat muka sangat comel sambil kepala ke kiri ke kanan ikut lengok tulisan puihh.. bajet comel konon. Tapi aku memang comel pown kan ( sila pergi blog org lain jika menyampah )

2.       Diam seribu bahasa.
kalau aku, kalau aku diam kawan-kawan jangan fikir pelik-pelik ye! Aku nak fikir benda la tuh, lepas settle paper tu aku bising la lagi hehe. Esoknye exam malan nye aku dah start diam dah tanak cakap banyak nak duduk sorang-sorang baca buku. Tapi kalau kita nak diam berpada-pada la nanti orang kata ko nie kenapa tibe-tibe nak bad mood tibe nak diam. Tak remaja la kan. Emm tapi kadang-kadang diam pown bole kurangkan dosa.

3.       Serabut
Well aku memang serabut. Memang serabut sangat sangat. Contoh: lupa bawak slip. Aku buat bodoh je! Kalau tak serabut nak hafal. Tak hafal-hafal walaupun sepuluh kali dah baca! Okey guling-guling atas katil baca sampai ingat !

4.       Kuat makan
Aku akan jadi yang pelahap. Muakhhaaaa.. well aku memang suka makan tapi nanti down sebab rasa diri gemuk. Kawan aku kata kalau aku gemuk dia ape? Then aku diam jela… tapi aku nak kurus jugak.

5.       Bila dah siap jawab soalan
Bila aku dah tak tahu apa lagi aku nak tulis, well aku memang seorang yang hyperactive dimana aku kan pusing kepala 360 darjah tanda aku bosan nak tunggu masa habis. Tengok orang tu wat buat siap tambah kertas euuu tension pandang orang lain pulak. Hihi.. tapi bila dah x cukup masa, tangan aku laju sampai nak tercabut. Hui hui.. lepas exam tangan terseliuh pergi mengadu dengan kawan buat muka comel. Sekali lagi rasa diri comel!

6.       Suka men game
Time nak exam nie jugak nafsu aku nak men game sangat tinggi. Merepek je kan. Asal nak exam je men game sampai khatam. Huh. Pelik betol perangai.

Emm enough said, bosan dah bebel nak sambung stadi lak..

Bye.bye.bye

Ikhlas dari hati,
Sitikhatijjahaffandi =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

mp3