Monday, July 15, 2013

Aku di Bumi Borneo.

Assalamualaikum Wbt.


sekarang aku dah balik rumah. sarawak bumi kenyalang! tak sangka pejem celik pejam celik dah cuti. berkat kesabaran aku menunggu nak balik rumah nie punya la lama aku tunggu. hui hui hui bertelur tahu tak nak tunggu masa nak balik rumah sebab kurang cuti, sebab cik palapes aku. hai sekarang aku dah jadi senior oo senior pasti kubu sedang menanti untuk digali. wah masih panjang perjalanan aku. apa-apa pon setahun je lagi untuk menderita lepas nie pasti aku merinduinya! hmm sekarang aku just tempuhi semua dengan penuh kesabaran walaupun kadang-kadang aku kurang sabar tapi i'm still try my best okey!


sebelum nak balik rumah nie aku kena pergi ums dulu. berkhidmat untuk negara katanya. pengalaman yang baru sebab boleh melihat sumandak-sumandak di sabah. sumandak la sangat! hahaaaa padahal aku nie busy berduty 24 jam. tidur pon ikut dan je bila off duty aku tido la bila on duty aku dah macam apa je matanya. lagi-lagi kalo duty malam-malam sungguh enak tido dimerata tempat. memang sepanjang dua minggu tu sungguh mencabar. ada je karenah orang yang membuat aku rasa nak *&%$ tak boleh nak describe. biar je laa.. ada yang marah sama sendiri, ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang menuang. ada yang mengelat. sabar je la, tu semua karenah manusia. Tapi aku memang kasar orangnya. Orang anggap aku marah padahal aku x marah pon. biar la mereka nak kata aku apa pon janji aku bahagia dengan cara aku.

pasal diri aku, aku masih aku yang dulu. tiada perubahan cuma sekarang aku lebih suka berseorangan sebab nak cari ketenangan katanya. haha pasal hati dan perasaan pulak. hhmmm ntah laa.. kata stap aku kuat berangan orangnya, apa yang aku nak tu mesti aku tak boleh nak capai. huh tapi aku x kuat berangan pon. bia la dya nak kata apa pon janji Allah dah tentukan jalan yang paling terbaik buat aku. setakat tengok personaliti aku boleh ke tahu masa hadapan aku?? tak kan mesti ada yang lebih baik yang akan Allah bagi kat aku nanti kan. tapi kan aku sedang menunggu si dia. kalau dia tu jodoh aku, aku redha dan kalau dia bukan jodoh aku pasti ada yang lain dtg jugak! heheee biar la masa yang menentukan semua.

pasal result pulak. aku dah tengok pon senarai tampal. aku rasa da la perubahan sikit. sikit je pon tapi xpe la next sem boleh usaha lagi kan.

sekarang tengah tunggu berbuka puasa. kbye ^_^

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

mp3