Saturday, January 21, 2012

the journey to secret island =)

Assalamualaikum Wbt..

Selesai sudah pengembaraan adik Ribena menjelajah

kertas- kertas exam yang memeningkan!

paper- paper ku yang sangat hampeh

tolong ye be nice to me..

maka cath dengan rasmi nye

bukan warga kolej perdana lagi =(

sedih tapi nak buat camne kena pindah..

selamat tinggal bilik.

selamat tinggal katil.

selamat tinggal meja study.

selamat tinggal kawan-kawan.



meja cath yang sangat comel
lokasi: kolej perdana =)



malam terakhir study sampai lebam
lokasi: ruang tamu wing b kolej perdana.  =)


saat-saat terakhir sebelum menjawab soalan HRD
lokasi: surau KTDI

selepas habis je paper HRD cath balik ipoh

 untuk 5 hari 5 malam tanpa bintang. Memang tanpa bintang 

kerana terasa kepenatan selepas mak cik ajak kua..

pergh penat.. tapi takpe selepas nie kena bercuti kat 

SECRET ISLAND ag penat.. ala-ala cerita

journey 2: the mysterious island tu..

banyak misi kena buat kan.. 

so 3 minggu cath x leh nak update mengupdate segala

benda dalam fb or blog.. =)

Doakan la pengembaraan cath dekat

  secret island tu berjaya yew, doakan cath dapat lalui halangan, 

rintangan, kuat fizikal dan mental.. semua la..

doakan cath ta sakit or tercedera ye sepanjang 3 minggu nie =)

sedih la nak tinggalkan mak cik ngan cousin2 dekat ipoh.

 ta puas lagi nak bercuti. Hmm esok dah mula dah. 

Mind set kena jaga.

lepas vacation dekat SECRET ISLAND 

cath dapat balik KUCHING.

mind set: habis teruk kena belasah bole balik rumah oke syg =)


lots of love, 
sitikhatijjah =)



Thursday, January 12, 2012

study week or study sleep part 2

Assalamualaikum wbt.

selamat pagi semua! hehe.. 

Tengah2 tension jap.. take time studybreak bukan Breakfast!

huhu.. bangun pg baca buku la..

huhu! kawan2 ngah tidow la..

jeles mode! =(

belajar masa orang tidow,

tidow masa orang belajar

itu syco namanya!

menuntut dengan cik Ayu Nadzirah bt Kamil



tudung sekali dgn selimut!
saya sedang sejuk.
p.e.a.c.e


 lots of love,
sitikhatijjah =)

study week or study sleep

Assalamualaikum wbt!

tinggal 2 paper lagi.. terus berjuang hingga titisan terakhir. Wah word hingga titisan terakhir tu ta boleh pakai okey adik manis!

Bayangkan adik manis banyak tidow je nie.. nape nie cath !
tidow aje.. tak la.. hidayat tak turun lagi nie nak study sampai meja aku retak seribu.. harinie baru rasa nak study nie.. hehe..

Takpe2... cath dah buat nota warna-warni.. t esok nak exam malam nya baca nota warna warni.. confirm INGAT punye la.. trust me la.. ini cath bucok.. pakar dan expert study last minute like Abby my bFF kan.. tapi tak la sempoi mcm abby.. cath masih ada batasan lagi.. study2dow!

dah study setengah mati! 
nanti ta dapat yang kita nak kan. huuu..
oke REDHA dulu, cuba lagi..

TIDOW bukan tidow saje je.. tahu kah anda bahawa otak kita hanya fokus pada 50 minit pertama . So bile study kena ada gap setiap 50 minit oke.. so do i care if kerja i sleep je.. hehe.. nanti bile bangun then baca balik note.. confirm hafal la..

Pastu masa nak study paling best dan senang nak ingat ialah masa lepas bangun tidow, pagi2 lepas subuh.. stay la study. Masa tu semua orang ngah buat taik mati dan masa tu la aku bangun baca buku. Hehe.. so xde gangguan bunyi and so on.

tegok bawah.. gamba2 time study week nie.. hooho..



first paper!



tengok nie..
adik manis suka sepah2 kan



teddy pown turut study



magic pen..
confirm ingat!


notes!


meja tak penah kemas!





textbook!


baju2 nak pindah la =)




muka2 riang time study sleep!


snap-2


snap 3
guling2! =)



VIVA

lots of love
siti khatijjah.

Tuesday, January 10, 2012

look at my answer.

Assalamualaikum wbt..

hye! morning all..
hee jom kita bersoal jawab..

Kalo kawan kite tanye kat kite camni,
Kalo orang tak setia dengan kite camne?
emm.. so aku jawab, biar la dia tak setia pown. Janji kita setia, kalo x setia nanti satu masa nanti mesti akan ada seorang yang akan kenakan dia balik, buat macam dia buat kita dulu. kita layan je elok-elok. Ingat Hukum KARMA =)

Kalo orang marah kat kita camne lak?
Kalo orang marah kat kite, kita pujuk. Kalo yang jenis panas baran. Kalo dia abaikan kita waktu hari pertama tu biar je la.. kita dah pujuk kan. cuba hari lain pulak.pastu mintak maaf. yang penting SABAR!

Kalo orang tanak bercakap dengan kita?
kalo orang tanak bercakap dengan kita, tanak layan kita, kita tego je macam biasa. Kalo dia tanak layan jugak. Xpa la, mungkin dia perlukan masa kot. Hmm.. kalo dah lama-lama nanti tegur la tu. Kalo x tego 3 hari kan BERDOSA.

Kalo orang tipu kite camne?
Kita buat la perangai cikit pastu dah rasa puas buat perangai kita lupakan. Biar la dia nak tipu, janji dia HAPPY. Kalo kita tak pernah puas hati apa yang kite nak nanti kita yang SEWEL. So 2 hari cukup la padam balik apa yang dia tipu tu.

So happy je la.. hee.. kita kan da kawan yang lain... kalo xde kawan sangat, kan ada blog, fb, skype, ym.. hee.. cari la kawan baru, kawan sekolah dulu2 ke..
Layan Abby pown bez jugak kan. So hadapi dengan senyuman =)



Friday, January 6, 2012

life



life is to short,
but
the journey is too long.

life is  Creating yourself
not Finding yourself
who you are?


Life is Like a track
it's far but it's near.
it's up and it's down.


Life Is to short,
Love Someone who love you
not someone who hated you
 isn't because you hated them to,
because you doesn't have time to do that

As long you Alive,
enjoy your life,
but 
Not be sad when someone
hate you, cheat you.
because you have plenty of time to
hate others.

Smile like this ---> =)
not like this----> =(
as long god give you time to life, 
appreciate it.




Thursday, January 5, 2012

aBowman » Fish

aBowman » Fish: Add a touch of nature to your page with these hungry little fish. Watch them as they follow your mouse hoping you will feed them by clicking the surface of the water.

Monday, January 2, 2012

study week



study.study.study.
no mood la
but
when i open my book
i remember you..

no matter what i do here,
i wish one day,
you get the one better than me =)
as long, you are happy,
im happy too dear.



i remeber- mocca

long journey. new lesson =)

Assalamualaikum Wbt.


kadang-kadang kita dilahirkan di dunia nie Allah dah tentukan perjalanan hidup kita macam mana.
Ujian yang dia bagi dekat kita mesti berdasarkan kekuatan seseorang itu kan.

Allah tahu yang kita mampu hadapi, jadi dia turunkan satu persatu ujian dekat kita.
Kadang-kadang aku suka mengeluh, aku suka marah kenapa nak jadi nie, kenapa nak jadi tu.

Aku buat diri aku macam eksperimen pown ada kadang-kadang.
Aku ta suka paksa orang dan akhirnya aku terpaksa buat sorang-sorang.

Aku akan luahkan apa yang tak sepatutnya pada mulanya.
Tapi bila aku fikir balik...

Aku rasa nak ketawa. lawak kan apa yang aku dah buat.

Aku bawak dirik aku pergi tempat yang jaoh.
Aku tenung apa yang aku dah buat, aku tengok balik apa yang aku buat.



Wahai hati,

Beri la aku kekuatan,
Untuk terus hidup mencari siapa aku,

Beri la aku pedoman,
Agar hidup aku terus di jalan yang betul,

Beri la aku jalan yang benar,
Agar aku tidak sesat,

Beri la aku cahaya,
Agar gelap tidak datang menyusulku,

Beri la aku Iman,
Agar aku tidak jahil,

lots of love,
sitikhatijjahaffandi =)





Sunday, January 1, 2012

bye 2011 welcome 2012

Assalmualaikum Wbt.

sekarang masuk tahun baru dan semua akan becerita pasal azam baru..
semalam tengah fikir apa azam baru Ta terfikir lagi dan abaikan je la azam untuk tahun 2012. Tak semua azam yang di rancang akan menjadi kenyataan. So i make decision no azam untuk tahun 2012.. tp bak kata wawa nak cari en.azam kan.. haha.. oke juz kidding..

Sepanjang tahun 2011 nie banyak benda yang aku belajar, yang aku dapat, yang aku telaah, yang aku ingat.
Semua meninggalkan aku denga seribu kenangan pahit dan manis. sekarang nie aku bersyukur aku ada family lagi, kawan-kawan, orang-orang yang aku sayang. Dulu aku pernah mengeluh kenapa la hidup macam nie. Lama-lama aku mula serasi dengan cara hidup aku yang baru, yang berubah secara drastik nya, benda yang x disangka dan menjadi kenyataan. Aku rasa aku macam mimpi je. Mimpi buruk dan sekarang nie aku belajar nak ubah mimpi buruk tu jadi pelangi. Bole kan?

Ingat dulu before masok u bila pergi sekolah jumpa cikgu nak mintak tandatangan. Dia ulas sikit pasal adik aku. yang malas dirumah dan disekolah seorang yang bertanggungjawab. Aku sedikit kagum dengan adik aku. Aku pown tak faham dengan perangai dia mula-mula yang suka benda-benda mahal sedangkan mak aku takde duit. oke fine aku mengalah, mak belikan, oke fine dia dapat and aku pown cemburu. Bila makan mak aku mesti lebihkan dia. oke fine aku mengalah jugak, aku kongsi. Sebab mak aku masak ikot sukatan sebab nak jimat. Sebab Mak yang sara kita org. Susahkan kan mula-mula. Tapi lama-lama kita orang dah biasa. Sekarang mak aku dah senang sikit pown still masih kena jimat- jimat macam dulu jugak. Baru aku tahu dia dah terbiasa dari kecik dimanja oleh mak bapak aku. so aku faham perasaan dia, sifat ego dia, apa yang kitaorang lalui sama-sama tak mungkin ada kat korang2 yang ada big family yang happy kan?

 Sekarang nie dia yang ambik alih kerja aku kat rumah. Bila aku takde dia yang masak bila mak pergi hospital. Aku tahu kerja mak aku berat sejak aku tinggalkan dia. Tapi tak tahu kenapa aku degil sangat nak masok u jaoh- jaoh dari rumah aku. Maybe sifat ego aku yang tanak masok Unimas sebab nenek sebelah ayah aku selalu banding-bandigkan aku dengan cousin aku yang kat mesir tu. oke aku kalah lagi.. Semua benda aku kena mengalah kan.

Dekat rumah bila aku ada aku selalu gadoh dengan adik lelaki aku nie. emm.. mak aku selalu pesan " korang ada dua orang adik beradik je taw, nak gadoh2 nanti dah besa nanti nak jadi apa?" sampai sekarang pown aku tengah fikir nanti dah besa aku dengan adik aku macam mana ek? rapat x?

Dalam diam adik aku nie sweet sangat walaupun dya x pernah panggil aku kakak. juz call my nickname je, tapi aku pown x kisah la kan sebab aku dah selesa macam tu. Sebab apa dia sweet, sebelum aku nak pergi dia bagi aku coklat walaupun aku tak habiskan pown. semalam birthday aku dia hanta mesej suruh jangan off telefon sebab nanti pukul 8.48 malam dia nak call. So dya call and aku denga cousin-cousin yang kecik aku nyanyi lagu birthday.. Sweetkan. Aku tahu mak aku sedih semalam sebab time birthday aku aku takde kat sana nak sambut sama-sama. Semalam ada gathering kat rumah anjang. Semua kumpul kat sana sambut new year dengan birthday albab.

Happy kan aku, aku bersyukur walaupun bapak aku xde disisi kita orang still ada anjang, udak, ngah dan nenek yang selalu bersama-sama berkumpul. walaupun tak sama macam dulu.

Untuk anjang, terima kasih selalu tolong kita orang, banyak tolong mak dari dulu sampai sekarang.

Untuk udak, udak boyfriend aku.. ehhee.. nanti udak yati marah pulak. sayang udak.

Untuk ngah, sayang ngah jugak!

Untuk mak, aliah study leklok kat sini, nanti dah keja nak balas semua jasa dan pengorbanan emak. Yang jaga kita orang dari kecik, mak sihat-sihat kat sana. Bertahan ye, jangan sakit-sakit teruk, nanti kalo mak masok hospital aliah x dapat nak jaga macam selalu. Mak dialisis elok-elok, jaga makan, jaga minum, malam-malam kalo mak craim xde yang nak bangun urut macam aliah selalu urut kan. Mesti sekarang mak buat sorang-sorang. Dulu aku salu bagon malam urut mak. Aliah mintak maaf tak dapat dah nak buat semua tu. kalo time dialisis, dulu aku la teman setia, aku la tunggu mak aku 6 jam kat situ, aku la yang tidow sebelah mak, jaga mak. Sekarang nie aku hanya dapat telefon je tanya khabar, hari-hari ta pernah pown  mak mengadu yang dia sakit. Tapi aku tahu yang dia sakit.

Untuk bapak, sorry ignore your message kata your anak sakit or what, but i dont care. im heartless already. ye aku tahu dia orang ta salah. Aku just jealous je kadang-kadang. Tapi x pe la. i wish u bahagia dengan hidup baru dengan family baru. Tapi still miss u, i want hug you tapi sekarang nie banyak jurang antara kita kan pa, kita ta macam dulu. Sekarang nak jumpa pown susah. Kakak tahu bapak pown susah sekarang, kakak selalu tunggu pa muncul waktu kakak nak pergi. kakak salu tunggu pa datang masa hari raya. semua dah lain dah. pagi raya ada nenek ngan udak, anjang, mak ngan ngah je. dulu ada pa. Harap bapak happy denga hidup baru, dengan anak- anak baru pa. Biarla dya org ada kasih sayang seorang bapak. kita orang dah besar dah. Dah bole bawa diri dah.

Untuk my dear, thanks sayang selalu jadi pendenga setia, buat aku senyum sokmo. Haha.. walaupun tak selalu jumpa, i rasa kita dekat je. Harap kita X gaduh-gaduh selalu. Maaf dengan perangai buruk nie yang suke buat benda yang pelik. Tapi apa2 pown, i sayang you sangat-sangat.

Untuk my friend, love u all sebab membuatkan aku terus hidup, terus belajar dan sama-sama gelak ketawa menuntut ilmu. love u all.

so tutop buku 2011 dan bukak buku baru.
Terima kasih Allah kerana bagi aku bernafas lagi sampai sekarang.
Terima kasih emak kerana selalu ada dengan aku
Terima kasih dear, selalu jadi pendengar setia bila aku ada masalah
terima kasih kawan-kawan sentiasa ada membuat kan aku terus hidup.

Lots of love,
sitikhatijjahaffandi =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

mp3