Assalmualaikum Wbt.
sekarang masuk tahun baru dan semua akan becerita pasal azam baru..
semalam tengah fikir apa azam baru Ta terfikir lagi dan abaikan je la azam untuk tahun 2012. Tak semua azam yang di rancang akan menjadi kenyataan. So i make decision no azam untuk tahun 2012.. tp bak kata wawa nak cari en.azam kan.. haha.. oke juz kidding..
Sepanjang tahun 2011 nie banyak benda yang aku belajar, yang aku dapat, yang aku telaah, yang aku ingat.
Semua meninggalkan aku denga seribu kenangan pahit dan manis. sekarang nie aku bersyukur aku ada family lagi, kawan-kawan, orang-orang yang aku sayang. Dulu aku pernah mengeluh kenapa la hidup macam nie. Lama-lama aku mula serasi dengan cara hidup aku yang baru, yang berubah secara drastik nya, benda yang x disangka dan menjadi kenyataan. Aku rasa aku macam mimpi je. Mimpi buruk dan sekarang nie aku belajar nak ubah mimpi buruk tu jadi pelangi. Bole kan?
Ingat dulu before masok u bila pergi sekolah jumpa cikgu nak mintak tandatangan. Dia ulas sikit pasal adik aku. yang malas dirumah dan disekolah seorang yang bertanggungjawab. Aku sedikit kagum dengan adik aku. Aku pown tak faham dengan perangai dia mula-mula yang suka benda-benda mahal sedangkan mak aku takde duit. oke fine aku mengalah, mak belikan, oke fine dia dapat and aku pown cemburu. Bila makan mak aku mesti lebihkan dia. oke fine aku mengalah jugak, aku kongsi. Sebab mak aku masak ikot sukatan sebab nak jimat. Sebab Mak yang sara kita org. Susahkan kan mula-mula. Tapi lama-lama kita orang dah biasa. Sekarang mak aku dah senang sikit pown still masih kena jimat- jimat macam dulu jugak. Baru aku tahu dia dah terbiasa dari kecik dimanja oleh mak bapak aku. so aku faham perasaan dia, sifat ego dia, apa yang kitaorang lalui sama-sama tak mungkin ada kat korang2 yang ada big family yang happy kan?
Sekarang nie dia yang ambik alih kerja aku kat rumah. Bila aku takde dia yang masak bila mak pergi hospital. Aku tahu kerja mak aku berat sejak aku tinggalkan dia. Tapi tak tahu kenapa aku degil sangat nak masok u jaoh- jaoh dari rumah aku. Maybe sifat ego aku yang tanak masok Unimas sebab nenek sebelah ayah aku selalu banding-bandigkan aku dengan cousin aku yang kat mesir tu. oke aku kalah lagi.. Semua benda aku kena mengalah kan.
Dekat rumah bila aku ada aku selalu gadoh dengan adik lelaki aku nie. emm.. mak aku selalu pesan " korang ada dua orang adik beradik je taw, nak gadoh2 nanti dah besa nanti nak jadi apa?" sampai sekarang pown aku tengah fikir nanti dah besa aku dengan adik aku macam mana ek? rapat x?
Dalam diam adik aku nie sweet sangat walaupun dya x pernah panggil aku kakak. juz call my nickname je, tapi aku pown x kisah la kan sebab aku dah selesa macam tu. Sebab apa dia sweet, sebelum aku nak pergi dia bagi aku coklat walaupun aku tak habiskan pown. semalam birthday aku dia hanta mesej suruh jangan off telefon sebab nanti pukul 8.48 malam dia nak call. So dya call and aku denga cousin-cousin yang kecik aku nyanyi lagu birthday.. Sweetkan. Aku tahu mak aku sedih semalam sebab time birthday aku aku takde kat sana nak sambut sama-sama. Semalam ada gathering kat rumah anjang. Semua kumpul kat sana sambut new year dengan birthday albab.
Happy kan aku, aku bersyukur walaupun bapak aku xde disisi kita orang still ada anjang, udak, ngah dan nenek yang selalu bersama-sama berkumpul. walaupun tak sama macam dulu.
Untuk anjang, terima kasih selalu tolong kita orang, banyak tolong mak dari dulu sampai sekarang.
Untuk udak, udak boyfriend aku.. ehhee.. nanti udak yati marah pulak. sayang udak.
Untuk ngah, sayang ngah jugak!
Untuk mak, aliah study leklok kat sini, nanti dah keja nak balas semua jasa dan pengorbanan emak. Yang jaga kita orang dari kecik, mak sihat-sihat kat sana. Bertahan ye, jangan sakit-sakit teruk, nanti kalo mak masok hospital aliah x dapat nak jaga macam selalu. Mak dialisis elok-elok, jaga makan, jaga minum, malam-malam kalo mak craim xde yang nak bangun urut macam aliah selalu urut kan. Mesti sekarang mak buat sorang-sorang. Dulu aku salu bagon malam urut mak. Aliah mintak maaf tak dapat dah nak buat semua tu. kalo time dialisis, dulu aku la teman setia, aku la tunggu mak aku 6 jam kat situ, aku la yang tidow sebelah mak, jaga mak. Sekarang nie aku hanya dapat telefon je tanya khabar, hari-hari ta pernah pown mak mengadu yang dia sakit. Tapi aku tahu yang dia sakit.
Untuk bapak, sorry ignore your message kata your anak sakit or what, but i dont care. im heartless already. ye aku tahu dia orang ta salah. Aku just jealous je kadang-kadang. Tapi x pe la. i wish u bahagia dengan hidup baru dengan family baru. Tapi still miss u, i want hug you tapi sekarang nie banyak jurang antara kita kan pa, kita ta macam dulu. Sekarang nak jumpa pown susah. Kakak tahu bapak pown susah sekarang, kakak selalu tunggu pa muncul waktu kakak nak pergi. kakak salu tunggu pa datang masa hari raya. semua dah lain dah. pagi raya ada nenek ngan udak, anjang, mak ngan ngah je. dulu ada pa. Harap bapak happy denga hidup baru, dengan anak- anak baru pa. Biarla dya org ada kasih sayang seorang bapak. kita orang dah besar dah. Dah bole bawa diri dah.
Untuk my dear, thanks sayang selalu jadi pendenga setia, buat aku senyum sokmo. Haha.. walaupun tak selalu jumpa, i rasa kita dekat je. Harap kita X gaduh-gaduh selalu. Maaf dengan perangai buruk nie yang suke buat benda yang pelik. Tapi apa2 pown, i sayang you sangat-sangat.
Untuk my friend, love u all sebab membuatkan aku terus hidup, terus belajar dan sama-sama gelak ketawa menuntut ilmu. love u all.
so tutop buku 2011 dan bukak buku baru.
Terima kasih Allah kerana bagi aku bernafas lagi sampai sekarang.
Terima kasih emak kerana selalu ada dengan aku
Terima kasih dear, selalu jadi pendengar setia bila aku ada masalah
terima kasih kawan-kawan sentiasa ada membuat kan aku terus hidup.
Lots of love,
sitikhatijjahaffandi =)